5S

PENGENALAN 5S
•  Alat pengurusan yang diamalkan di negara Jepun
•  Amalan yang praktikal dan sistematik
•  Bertujuan mewujudkan tempat kerja lebih selesa
•  Keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan
•  5S dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan
•  Memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi
•  Menerapkan semangat untuk penambahbaikan berterusan (kaizen)





FAEDAH MELAKSANAKAN 5S

•  Aliran operasi kerja yang cekap

•  Tempat kerja lebih bersih, teratur dan selamat
•  Proses pencarian menjadi lebih mudah dan pantas
•  Mengurangkan kelewatan masa memproses  perkhidmatan
•  Mengoptimumkan penggunaan  ruang kerja secara  berkesan
•  Mengurangkan rungutan pelanggan 



KUNCI KEJAYAAN 5S
•  Sokongan dan komitmen berterusan dari Pengurusan Atasan
•  Merangka pendekatan yang sistematik (PDCA)
•  Melatih semua peringkat pekerja untuk  mengamalkan 5S
•  Mengadakan Kempen 5S
•  Mengamalkan Penilaian Prestasi dan Sistem Ganjaran
•  Mengadakan lawatan ke organisasi Model 5S terbaik


CARTA ORGANISASI




Click Rajah






JUSTIFIKASI LOGO


  • BULAN SABIT
Merupakan lambang Kementerian Kesihatan Malaysia

  • BENTUK HATI
Membawa maksud sayang/suka/gembira

  • LOGO 5S YANG MENGGABUNGKAN BULAN SABIT & BENTUK HATI

Amalan 5S akan melahirkan perasaan suka /gembira 
pada tempat kerja dan persekitarannya dimana tempat kerja 
yang kemas, selamat dan lebih ' mesra alam' 
(kita mengetahui kerja serta keperluan peribadi).
Ini akan menyebabkan kita bekerja dengan 
lebih efisen dan berdaya saing di mana 
Kesihatan lebih terjamin kerana kita juga mengetahui 
barang yang mengancam kesihatan dan keselamatan 
terletak dimana dan langkah berjaga-jaga atau 
persiapan keselamatan diambil

DASAR 5S

PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI

 


POLISI 5S

PKD Kota Tinggi komited dalam amalan 5S dengan mewujudkan 
persekitaran kerja yang kondusif dan berimejkan korporat bermatlamat 
melahirkan budaya kerja berkualiti berteraskan muafakat untuk 
pemantapan organisasi,peningkatan produktiviti serta kepuasan pelanggan



OBJEKTIF

  • Mewujudkan suasana kerja yang bersih,kemas dan selamat
  • Meningkatkan semangat kerja berpasukan dan motivasi di kalangan anggota
  • Menjadikan pengurusan operasi organisasi terutamanya 
stor dan dokumen lebih sistematik dan berkesan
  • Meningkatkan produktiviti dan kecekapan sistem penyampaian 
perkhidmatan kepada pelanggan
  • Mengurangkan aduan pelanggan


MATLAMAT

Ke arah penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan inovatif
melalui persekitaran yang kondusif serta diiktiraf melalui pensijilan 5S



SLOGAN

KONDUSIF,PRODUKTIF,RESPONSIF,CERIA








No comments:

Post a Comment